13 Jun 2020 | Aktiviti TerkiniKelas Keusahawanan (Fotografi Produk & FB Page)
Pada 12 Jun 2020, Pusat Internet Padang Besar Selatan telah membuat kelas keusahawanan untuk membantu Pn Farahzita. Pn. Farahzita Binti Abdul Hamid adalah seorang usahawan wanita yang menjalankan perniagaan barangan kraf tangan seperti beg yang diperbuat dari kain bercorak batik. Terdapat pelbagai produk yang dibuat oleh Pn. Farahnita menggunakan fabrik kain batik dan songket. Beliau menyatakan minat beliau memulakan perniagaan ini bermula apabila beliau mula belajar membuat beg dengan bimbingan pihak KEMAS dan beliau memilih fabrik batik dan songket bagi mengetengahkan seni tradisional melayu di Malaysia.
Staf Pusat Internet telah memberi bimbingan tentang cara pengambilan gambar produk dengan betul dan memperkenalkan Facebppk Page sebagai platform baru bagi beliau menjalankan dan mengembangkan lagi perniagaan beliau seiring dengan platform perniagaan online. Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan Pi dengan komuniti, dapat memperkenalkan Pi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang Pi sediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: